Kategori
Stok tidak mencukupi. Item anda tidak ditambah ke dalam troli.
Stok tidak mencukupi. Sila tukar kuantiti pesanan
Hanya {{ product.max_order_quantity }} item (s) yang dibenarkan untuk setiap pesanan’
Hanya {{ quantityOfStock }} item (s) dalam inventori
Kita mengenali Sani Sudin sebagai seorang penyair. Puisinya pendek-pendek; sinikal dan tajam. Banyak puisi Sani bersifat lugu; justeru seperti sudah menjadi identiti kepenyairannya. Sani jarang berselindung dalam puisi-puisinya. Namun, kepuitisannya masih tetap terjaga dan terpelihara. ada sebahagian ciptanya mendalam dan menikam; ada selebihnya mendatar, biasa dan sedikit terlepas, lalu menggugah dan menyentak kita. terkadang, kita terpempan dengan mainan kata Sani yang bersahaja. Bahkan kadang-kadang Sani menampar kita dalam ketawa dan canda.
RIDZUAN HARUN
Penyair “diam”
Ini adalah himpunan puisi Sani Sudin seniman tulen yang merdeka yang diangkat menjadi lirik lagu kepada banyak kumpulan dan penyanyi tanah air.